Penyasaran semula subsidi secara berfasa mulai 2024


Hasil penjimatan subsidi bersasar sebahagiannya akan disalurkan terus untuk meningkatkan peruntukan bantuan tunai melalui Sumbangan Tunai Rahmah daripada RM8 bilion kepada RM10 bilion. – Gambar fail The Malaysian Insight, 13 Oktober, 2023.

PENDEKATAN penyasaran semula subsidi akan dilaksanakan secara berfasa mulai tahun hadapan, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Beliau yang juga menteri kewangan berkata peningkatan keperluan Belanjawan 2024 yang dijangka mencecah RM81 bilion berbanding RM64 bilion pada Belanjawan 2023 adalah akibat langkah kerajaan mengekalkan harga barangan bersubsidi, walaupun berdepan kenaikan luar jangka harga komoditi dunia.

“Sekali pun barangan bersubsidi membantu rakyat dalam meminimumkan kos sara hidup tetapi hakikatnya subsidi lebih memanfaatkan golongan kaya dan harga yang murah telah meningkatkan ketirisan serta penyeludupan ke luar negara, malah subsidi turut dihirup oleh lebih 3.5 juta orang asing.

“Hasil penjimatan subsidi ini sebahagiannya akan disalurkan terus untuk meningkatkan peruntukan bantuan tunai melalui Sumbangan Tunai Rahmah daripada RM8 bilion kepada RM10 bilion,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2024 Malaysia Madani di Dewan Rakyat hari ini. – Bernama, 13 Oktober, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen