LEMBAGA Eksekutif (EB) Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) mengumumkan untuk menggantung Jawatankuasa Olimpik Russia berkuat kuasa serta-merta.
“Keputusan unilateral yang diambil oleh Jawatankuasa Olimpik Russia pada 5 Oktober, 2023 untuk memasukkan Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan (NOC) Ukraine (iaitu Donetsk, Kherson, Luhansk dan Zaporizhzhia) didapat menyalahi Piagam Olimpik.”
“Lembaga Eksekutif IOC hari ini memutuskan Jawatankuasa Olimpik Russia digantung berkuat kuasa serta-merta sehingga diberitahu kelak,” menurut kenyataan IOC selepas mesyuarat EB di Mumbai, India.
Menurut kenyataan itu, Jawatankuasa Olimpik Russia tidak lagi berhak untuk beroperasi sebagai Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan seperti yang ditakrifkan dalam Piagam Olimpik.
Selain itu, Jawatankuasa Olimpik Russia juga tidak boleh menerima sebarang pembiayaan daripada Olympic Movement.
IOC berhak membuat keputusan mengenai penyertaan atlet neutral yang menggunakan pasport Russia di Sukan Olimpik Paris 2024 dan Sukan Musim Sejuk Olimpik Milano Cortina 2026. – Bernama, 13 Oktober, 2023.
Komen