APM sasar latih lebih 300,000 orang awam ilmu asas pertahanan awam setahun 


ANGKATAN Pertahanan Awam Malaysia (APM) menyasarkan untuk memberi latihan asas ilmu pertahanan awam kepada 330,000 orang awam setiap tahun, kata Ketua Pesuruhjayanya Aminurrahim Mohamed.

Beliau berkata tahun ini APM melatih 240,000 orang awam yang terdiri daripada golongan pelajar serta kakitangan agensi kerajaan.

“Kita yakin dapat mencapai sasaran 330,000 memandangkan ada dua bulan lagi sebelum memasuki tahun baru,” katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Penutupan Himpunan Pasukan Institusi Pertahanan Awam (HipA 6.0) Kolej Komuniti Peringkat Kebangsaaan Tahun 2023 di Kampus UiTM Machang, di Machang, hari ini.

Sementara itu, Aminurrahim berkata dari segi anggota sukarela pula, tahun ini pihaknya berjaya menarik penyertaan 13,000 sukarelawan untuk menganggotai APM, melebihi sasaran awal seramai 13,000 orang. – Bernama, 12 Oktober, 2023.



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen