SPRM serbu dua kilang beras di Kedah 


SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyerbu dua kilang beras di Kedah kerana menyimpan beras putih tempatan secara rahsia.

Ketua SPRM Azam Baki berkata serbuan pertama dilakukan semalam manakala satu lagi dilakukan hari ini.

Azam berkata suruhanjaya itu sedang melihat kemungkinan penyelewengan subsidi dan pihak lain bertindak dengan kilang untuk melakukan kesalahan ini.

“Kalau soal subsidi, disyaki pengeluaran (dan pengagihan beras) tidak setimpal dengan subsidi yang diberikan kerajaan.

“Saya tidak menafikan lebih banyak premis mungkin diperiksa oleh SPRM,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan satu majlis hari ini.

Isnin lalu, SPRM membongkar kegiatan penipuan yang dilakukan oleh pembekal beras di Kedah.

Sumber berkata, syarikat itu memperoleh kontrak bernilai lebih RM100 juta setahun daripada sebuah syarikat pertanian milik kerajaan untuk membekalkan beras di Semenanjung Malaysia. – 12 Oktober 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen