Hampir 5.8 juta orang hilang tempat tinggal akibat perang di Sudan


Hampir 5.8 juta orang kehilangan tempat tinggal di dalam dan di luar Sudan akibat konflik berpanjangan antara SAF dan pasukan separa tentera RSF. – Gambar EPA, 12 Oktober, 2023.

PERTUBUHAN Migrasi Antarabangsa PBB (IOM) semalam mendedahkan hampir 5.8 juta orang kehilangan tempat tinggal di dalam dan di luar Sudan akibat konflik berpanjangan antara Angkatan Bersenjata Sudan (SAF) dan pasukan separa tentera Rapid Support Forces (RSF).

“Matriks Penjejakan Orang Tersingkir (DTM) Sudan menganggarkan 4,551,795 individu dipindahkan secara dalaman,” menurut IOM dalam kemas kini terbaharunya, lapor Xinhua.

Konflik itu juga menyebabkan “pergerakan rentas sempadan 1,237,103 individu ke negara-negara jiran, iaitu Mesir, Libya, Chad, Republik Afrika Tengah, Sudan Selatan dan Ethiopia”.

Sudan menyaksikan pertempuran berdarah antara SAF dan RSF di Khartoum dan kawasan lain sejak 15 April hingga mengakibatkan sekurang-kurangnya 3,000 kematian manakala lebih 6,000 lagi cedera, menurut angka yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Sudan. – Bernama, 12 Oktober, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen