Persatuan gesa bentang segera RUU Generasi Penamat


RUU Generasi Penamat bertujuan mengharamkan penggunaan, pembelian dan penjualan rokok serta produk vape kepada individu lahir selepas 2007. – Gambar EPA, 11 Oktober, 2023.

PERSATUAN Pengguna Pulau Pinang (CAP) berharap pembentangan Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 atau RUU Generasi Penamat (GEG) dapat disegerakan demi hak pengguna.

Pegawai Pendidikan Dan Aktivis Anti Merokok CAP N V Subbarow berkata pihaknya juga berharap semua ahli Parlimen tidak memberikan alasan untuk tidak menyokong RUU itu.

“Kebanyakan vaper dan perokok adalah kanak-kanak berumur lapan tahun ke atas serta remaja berusia 13 tahun ke atas, malah hari demi hari semakin ramai kanak-kanak yang ketagih dengan budaya vape ini, kita sudah mempunyai tiga juta vaper, dan majoriti mereka adalah kanak-kanak dan pelajar,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Isnin lepas pembentangan rang undang-undang itu yang dikenali sebagai RUU GEG bagi bacaan kali kedua di Dewan Rakyat ditangguhkan kepada suatu tempoh yang tidak dimaklumkan.

Undang-undang itu bertujuan mengharamkan penggunaan, pembelian dan penjualan rokok serta produk vape kepada individu lahir selepas 2007. – Bernama, 11 Oktober, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen