Sri Lanka bayar pampasan 53,965 petani terjejas kemarau


Cuaca kering di Sri Lanka menjejaskan puluhan ribu petani selepas tanaman mereka rosak.– Gambar EPA, 11 Oktober, 2023.

KABINET Sri Lanka memutuskan untuk membayar pampasan kepada 53,965 petani yang tanaman mereka rosak akibat cuaca kering pada musim menuai Yala 2023, kata seorang menteri pada Selasa, lapor Xinhua.

Menteri Pertanian Mahinda Amaraweera memberitahu media bahawa kabinet bersetuju memberikan pampasan menggunakan dana daripada skim insurans tanaman.

Menteri itu berkata kira-kira 58,770 ekar padi dan tanaman lain rosak akibat kemarau.

Monsun barat daya yang menjadi sandaran petani untuk musim menuai Yala adalah kurang daripada jangkaan berikutan corak cuaca El Nino, katanya.

Monsun barat daya hanya diaktifkan dalam beberapa minggu kebelakangan ini dan kejadian banjir kini dilaporkan di beberapa bahagian di negara ini. – Bernama, 11 Oktober, 2023.



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen