Malaysia pastikan kemudahan jalankan perniagaan agar projek lulus segera, kata PM


PERDANA Menteri Anwar Ibrahim menegaskan Malaysia akan melaksanakan perubahan mendadak untuk memastikan kemudahan menjalankan perniagaan di negara ini bagi membolehkan projek diluluskan dengan segera. 

Anwar berkata perubahan itu adalah penting memandangkan terdapat kebimbangan yang disuarakan oleh pelabur. 

“Itu saya telah tetapkan supaya kita melakukan perubahan mendadak, bukan sahaja pusat sehenti di Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (Miti), malah, Jawatankuasa Tindakan Penyelarasan Pelaburan dan Perdagangan (JTPPP) di bawah Miti dengan kerjasama Jabatan Perdana Menteri,” katanya. 

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Tam Kar Hing (PH-Gopeng) berhubung hasil lawatan ke luar negara termasuk pelaburan, kerjasama antara negara dan tahap keyakinan pelaburan asing terhadap Malaysia pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri (MQT) di Dewan Rakyat hari ini. – Bernama, 10 Oktober, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen