SERANGAN udara Israel pada Isnin yang memusnahkan sebahagian besar kawasan kejiranan Al-Rimal di Bandar Gaza, menyebabkan Internet dan komunikasi terputus.
Pesawat perang Israel memusnahkan beberapa bangunan, termasuk kediaman, lapor Agensi Anadolu.
Wartawan itu berkata jet pejuang memusnahkan bangunan Syarikat Telekomunikasi Palestin, menyebabkan gangguan komunikasi dan Internet secara meluas.
Kompleks Perubatan Al-Shifa turut mengalami kerosakan akibat serangan udara itu.
Pertempuran terkini di Palestin yang melibatkan Hamas, pihak berkuasa di Gaza, dan rejim Israel sejak 7 Oktober mengakibatkan kehilangan ratusan nyawa kedua-dua belah pihak. – Bernama, 10 Oktober, 2023.
Komen