Acara utama sempena hari lahir Yang Dipertua Sarawak ditangguhkan


Kerajaan negeri Sarawak mengumumkan sambutan hari lahir Yang Dipertua Negeri Sarawak Abdul Taib Mahmud pada 13 hingga 15 Oktober ini ditangguhkan. – Gambar Instagram, 10 Oktober, 2023.

PENGANJURAN semua acara utama sempena Sambutan Perayaan Hari Lahir ke-87 Yang Dipertua Negeri Sarawak Abdul Taib Mahmud pada 13 hingga 15 Oktober ini ditangguhkan ke satu tarikh yang akan ditetapkan kemudian.

Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki berkata bagaimanapun perayaan hari lahir itu masih kekal diwartakan pada 14 Oktober.  

“Tarikh tersebut juga kekal diisytiharkan sebagai cuti umum bagi Sarawak,” katanya dalam satu kenyataan di Kuching, hari ini. – Bernama, 10 Oktober, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen