Mesir terima anugerah WHO atas kemajuan penghapusan Hepatitis C


Mesir terima status "Gold Tier" daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia kerana kemajuan luar biasa ke arah penghapusan Virus Hepatitis C dalam kesihatan awam. – Gambar AFP, 10 Oktober, 2023.

MESIR menerima status “Gold Tier” daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) kerana kemajuan luar biasa ke arah penghapusan Virus Hepatitis C dalam kesihatan awam.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan pejabat presiden Mesir, Ketua Pengarah WHO Tedros Adhanom Ghebreyesus menyerahkan sijil WHO itu kepada Presiden Mesir Abdel-Fattah al-Sisi, lapor Xinhua.

“Mesir menjadi negara pertama di dunia yang menerima status Gold Tier atas kejayaannya menghapuskan Hepatitis C dalam masa yang singkat setelah mencatat angka tertinggi sebelum ini,” kata ketua WHO itu.

Mesir mendiagnosis 87 peratus orang menghidap hepatitis C, dengan 93% daripadanya didiagnosis rawatan kuratif, melebihi sasaran WHO untuk mendiagnosis sekurang-kurangnya 80% orang yang hidup dengan hepatitis C dan menyediakan rawatan kepada sekurang-kurangnya 70% orang yang didiagnos.

Menurut statistik Kementerian Kesihatan dan Penduduk, Mesir berjaya menyembuhkan 4.5 juta kes dijangkiti. – Bernama, 10 Oktober, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen