SERAMAI 12 rakyat Thailand terbunuh dalam konflik antara Israel dan militan Hamas, kata kerajaan kerajaan itu semalam ketika mereka membuat rancangan untuk memindahkan rakyatnya.
Jurucakap kementerian luar Kanchana Patarachoke berkata kedutaan Thailand di Israel mendapat maklumat kematian itu daripada majikan mangsa.
Beliau berkata lapan lagi rakyat Thai cedera dan 11 ditahan sejak perang meletus apabila Hamas melancarkan serangan besar-besaran pada Sabtu.
Terdapat kira-kira 30,000 warga Thailand di Israel yang mana kebanyakan mereka bekerja dalam bidang pertanian, menurut Kementerian Buruh Thailand.
Menteri Buruh Phiphat Ratchakitprakarn berkata tentera Israel mula memindahkan pekerja dari zon bahaya.
“Terdapat 1,099 yang mendaftar untuk pulang ke tanah air.
“Kami mempunyai kira-kira 5,000 buruh yang bekerja di zon pertempuran,” kata Phiphat dalam satu wawancara di televisyen Thailand.
Jurucakap kementerian luar Kanchana berkata pesawat tentera udara Thailand bersiap sedia untuk menerbangkan rakyatnya pulang walaupun tarikh dan butiran lain mengenai sebarang pemindahan masih diusahakan.
Lebih 1,100 orang terbunuh dalam konflik di Israel dan Gaza dengan Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu memberi amaran bakal berlakunya pertempuran “panjang dan sukar”. – AFP, 9 Oktober 2023.
Komen