Buka tender untuk kontrak jaringan kedua 5G, kata bekas timbalan menteri


Projek jaringan kedua 5G sepatutnya melalui proses tender terbuka bukan rundingan angsung, kata bekas timbalan menteri perdagangan dan industri Ong Kian Ming. – Gambar fail The Malaysian Insight, 9 Oktober, 2023.

BEKAS timbalan menteri perdagangan dan industri Ong Kian Ming menggesa tender dibuka bagi kontrak berkaitan jaringan kedua 5G, bukannya rundingan langsung.

Dalam satu kenyataan beliau berkata tender terbuka konsisten dengan prinsip ketelusan dibawakan Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Ong berkata beliau terkejut dengan kenyataan Anwar bulan lalu iaitu jaringan kedua 5G akan membenarkan penyertaan lebih efektif syarikat Huawei dari China dalam sektor itu.

Kontrak sepatutnya diberikan menerusi pembidaan yang kompetitif dan bukan rundingan langsung dengan hanya satu entiti dan ia termasuk Huawei, kata Ong.

“Sebaik saja menjadi perdana menteri pada November 2022, antara perkara pertama dilakukan Anwar adalah mengarahkan siasatan terhadap kontrak semasa jaringan 5G yang diberikan kepada Ericsson menerusi Digital Nasional Bhd (DNB).

“Siasatan kemudian mendapati kontrak diberikan secara telus.”

Ong berkata DNB dilihat melakukan tugas dengan baik memastikan liputan jaringan pertama 5G, di mana ia berada dalam penarafan antara terpantas di dunia.

“Jika kelajuan dan liputan untuk jaringan sedia ada 5G lebih daripada mencukupi, masihkah ada keperluan untuk jaringan kedua?,” katanya. – 9 Oktober, 2023.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen