China tamatkan Sukan Asia dengan 201 emas


Gu Shiau-shuang menang pingat emas acara karate 50kg di Sukan Asia di Hangzhou, hari ini.

TUAN rumah China menamatkan saingan Sukan Asia dengan rekod 201 emas selepas atlet Taiwan Gu Shiau-shuang menang acara terakhir di Hangzhou, hari ini.

Gu mengungguli acara karate wanita kategori menewaskan atlet Kazakhstan Moldir Zhangbyrbay selepas sengit terikat 5-5.

Terdahulu, Jepun meraih emas selepas menewaskan Macau dalam acara karate berpasukan yang terakhir sebelum menutup tirai selepas aksi lebih dua minggu dengan 12,000 atlet dalam 40 acara sukan.

China, yang melepasi 199 emas yang dimenangi di Sukan Guangzhou pada 2010 juga memenangi 111 perak dan 71 gangsa dengan jumlah keseluruhan 383 pingat.

Tuan rumah itu menamatkan saingan di hadapan Jepun yang menang 52 emas dan Korea Selatan dengan 42 emas.

Emas ke 201 dimenangi China pada acara renang artistik rutin bebas.

“Kami mendapat banyak pengalaman untuk sukan kali ini dan berharap untuk beraksi dengan baik.

“Tapi kami tidak berpuas hati dengan beberapa persembahan hari ini jadi semua agak gementar.

“Kami gembira layak ke Sukan Olimpik Paris,” kata juara renang artistik Feng Yu. – AFP, 8 Oktober, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen