Proses pengundian PRK Pelangai berjalan lancar, kata polis


PRK Pelangai berlangsung hari ini. – Gambar Facebook SPR, 7 Oktober, 2023.

PROSES pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai yang tamat pada 6 petang tadi berjalan lancar tanpa sebarang perkara tidak diingini berlaku, kata Ketua Polis Pahang Yahaya Othman.

Beliau ketika dihubungi Bernama malam ini berkata pihaknya tidak menerima sebarang laporan gangguan terhadap proses pengundian yang bermula pada 8 pagi di sembilan pusat mengundi.

Dalam pada itu, Yahaya berkata sepanjang 14 hari tempoh berkempen, 95 permit ceramah dan kempen diluluskan selain dua laporan polis diterima.

PRK berkenaan menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara calon Barisan Nasional (BN) Datuk Amizar Abu Adam, calon Perikatan Nasional (PN) Kasim Samat dan calon Bebas Haslihelmy DM Zulhasni.

Ia diadakan susulan kematian penyandangnya Johari Harun, 53 akibat nahas pesawat terhempas di Elmina, Shah Alam, Selangor pada 17 Ogos lepas. – Bernama, 7 Oktober, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen