3 kawasan di Johor rekod bacaan IPU tidak sihat setakat 9 pagi


Tiga kawasan di Johor mencatat bacaan IPU tidak sihat setakat 9 pagi ini iaitu Larkin, Pasir Gudang dan Batu Pahat. – Gambar fail EPA, 7 Oktober, 2023.

TIGA kawasan di Johor mencatat bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat 9 pagi ini.

Berdasarkan data dalam laman sesawang Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), Jabatan Alam Sekitar (JAS), bacaan IPU tertinggi dicatat di Larkin iaitu 156 diikuti Pasir Gudang dengan 152 serta Batu Pahat (122).

IPU berskala antara 0-50 dikategorikan sebagai sihat, 51-100 (sederhana), 101-200 (tidak sihat), 201-300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (berbahaya).

Data IPU itu dikeluarkan setiap jam, berdasarkan 68 stesen pengawasan kualiti udara di seluruh negara. – Bernama, 7 Oktober, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen