SEBUAH pesawat dilaporkan terhempas di negeri New South Wales (NSW) Australia hari ini manakala jumlah penumpang yang berada di dalamnya masih belum diketahui, lapor Xinhua.
Polis NSW mengesahkan dalam satu kenyataan memaklumkan perkhidmatan kecemasan kini berada di lokasi pesawat terhempas di Gundaroo, sebuah perkampungan kecil yang terletak kira-kira 35 km utara Canberra.
Api dipadamkan oleh Perkhidmatan Bomba Luar Bandar dan polis dikerah ke tempat kejadian.
Pegawai sedang menjalankan siasatan berhubung kejadian itu termasuk mengesahkan bilangan penumpang yang berada di dalam pesawat ketika itu. – Bernama, 6 Oktober, 2023.
Komen