KKM nafi jururawat akan disuntik vaksin virus X


Orang awam dinasihatkan agar menghentikan sebarang perkongsian maklumat palsu berkaitan vaksin virus X kerana ia boleh mengancam dan menimbulkan keresahan awam. – Gambar fail The Malaysian Insight, 5 Oktober, 2023.

KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) menafikan dakwaan jururawat di negara ini akan disuntik dengan vaksin virus X, yang diramal menjadi satu ancaman pandemik baharu oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

KKM dalam kenyataan yang dimuat naik menerusi akaun Facebooknya hari ini memaklumkan, maklumat berkenaan tidak tepat dan disifatkan tidak bertanggungjawab.

“Kenyataan itu boleh menimbulkan persepsi negatif terhadap barisan hadapan petugas kesihatan khususnya jururawat yang telah menyumbang bakti mereka kepada negara,” demikian menurut KKM.

Sehubungan itu orang awam dinasihatkan agar menghentikan sebarang perkongsian maklumat palsu berkaitan vaksi berkenaan kerana ia boleh mengancam dan menimbulkan keresahan awam.

Orang ramai juga boleh melayari sesawang sebenarnya.my sebelum berkongsi berita yang tidak ditentukan kesahihannya. – Bernama, 5 Oktober, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen