Polis Finland bongkar sindiket dadah libatkan warga 10 negara


POLIS Finland membongkar satu pertubuhan jenayah antarabangsa yang membabitkan rakyat dari 10 negara dan disyaki membekalkan dadah ke negara itu, kata badan penguatkuasa undang-undang.

“Jabatan Polis Helsinki dan Polis Jenayah Pusat telah membongkar sindiket pengedaran dadah yang melibatkan sebuah organisasi antarabangsa yang disyaki mengedar ratusan kilogram dadah ke Finland,” menurut kenyataan itu, lapor Sputnik.

Polis berjaya merampas lebih 100 kilogram (220 paun) dadah, 230,000 pil narkotik dan lebih €200,000 (AS$209,158) wang tunai.

Selain itu, sejumlah dadah dan senjata api berjaya di rampas di Sweden berdasarkan maklumat yang dikumpul.

Seramai 30 suspek ditahan untuk membantu siasatan.

Suspek berusia dalam lingkungan umur 20 hingga 30 tahun, terdiri warga Finland, Iraq, Kosovo, Norway, Serbia, Somalia, Sweden, Turki, Ukraine dan United Kingdom, kata polis. – Bernama, 5 Oktober, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen