Lebih 100 pelajar institut jasmani India alami keracunan 


Pelajar yang berumur antara 18-25 tahun itu dimasukkan ke hospital selepas mengadu loya, sakit perut dan muntah.– Gambar EPA, 4 Oktober, 2023.

LEBIH 100 pelajar institut pendidikan jasmani di Gwalior di Bhopal, Madhya Pradesh, mengalami keracunan makanan dan terpaksa dimasukkan ke hospital, kata pegawai pada Rabu, lapor Xinhua.

Insiden itu berlaku di Lakshmibai National Institute of Physical Education (LNIPE).

Mangsa terdiri pelajar yang berumur antara 18-25 tahun itu dimasukkan ke hospital selepas mengadu loya, sakit perut dan muntah.

Menurut pihak hospital, hanya seorang pelajar memerlukan alat bantuan pernafasan, manakala selebihnya stabil.

Polis telah membuka kertas siasatan berhubung kejadian itu. – Bernama, 4 Oktober, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen