3 maut, 4 cedera insiden tembakan di pusat beli-belah di Bangkok


Pihak berkuasa Thailand menahan seorang suspek berusia 14 tahun yang disyaki terlibat dalam insiden tembakan di Siam Paragon Mall, Bangkok. – Gambar Facebook, 3 Oktober, 2023.

SEKURANG-KURANGNYA tiga maut dan empat lagi cedera dalam insiden tembakan di Siam Paragon Mall di Bangkok pada Selasa.

Pengarah Pusat Perubatan Kecemasan Bangkok (Pusat Erawan), Dr Yutthana Setthanan, mengesahkan mangsa yang cedera sedang dirawat di hospital tempatan.

Menurut laporan media tempatan, pihak berkuasa telah menahan seorang suspek berusia 14 tahun.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 4.20 petang (waktu tempatan), menyebabkan ratusan pengunjung pusat beli-belah itu ketakutan dan melarikan diri.

Bangkok Post melaporkan unit tindakan khas polis Thailand bertindak untuk mengesan suspek.

Suspek cuba melarikan diri ke sebuah hotel berhampiran dan polis bertindak mengepung hotel berkenaan, sebelum suspek menyerah diri kira-kira pukul 5.10 petang. – Bernama, 3 Oktober, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen