Unjuran pertumbuhan ekonomi Malaysia kekal 4-5% tahun ini, kata Ahmad 


Timbalan Menteri Kewangan I Ahmad Maslan berkata pihaknya menghormati kenyataan yang dikeluarkan oleh Bank Dunia semalam.– Gambar fail The Malaysian Insight, 3 Oktober, 2023.

UNJURAN pertumbuhan ekonomi Malaysia akan terus dikekalkan pada kadar empat hingga lima peratus pada tahun ini, kata Timbalan Menteri Kewangan I Ahmad Maslan.

Bank Dunia semalam berkata pertumbuhan ekonomi Malaysia dijangka menyederhana kepada 3.9% pada 2023 daripada unjuran 4.3% pada April tahun ini di tengah-tengah penyusutan permintaan luar.

“Kementerian Kewangan belum membuat perubahan dalam jangkaan pertumbuhan ekonomi pada tahun ini.

“Namun, kami menghargai dan menghormati kenyataan yang dikeluarkan oleh Bank Dunia. Analisis mereka adalah bergantung kepada mereka dan kami menghormati analisa mereka,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Majlis Kesihatan Makro Usahawan Malaysia-China (MCEH 2023) di Kuala Lumpur hari ini.

Ahmad berkata wakil Bank Dunia yang mengeluarkan analisa itu menemui beliau dua kali pada beberapa bulan lepas di pejabatnya bagi membincangkan beberapa perkara. – Bernama, 3 Oktober, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen