Tokoh antarabangsa ucap tahniah sempena Hari Kebangsaan PRC 


Kedutaan China di pelbagai negara mengadakan majlis jamuan untuk meraikan hari ulang tahun republik ini.– Gambar EPA, 3 Oktober, 2023.

BERSEMPENA dengan sambutan Hari Kebangsaan ke-74 Republik Rakyat China (PRC), kedutaan China di pelbagai negara mengadakan majlis jamuan untuk meraikan hari ulang tahun republik ini.

Dalam majlis yang diadakan di Kedutaan Besar China, Menteri Komunikasi dan Maklumat Singapura (MCI), merangkap Menteri Pembangunan Negara, Tan Kiat How, menyampaikan ucapan tahniah kepada kerajaan dan rakyat China.

Beliau turut menzahirkan harapan agar hubungan kedua-dua negara terus berkembang baik pada masa akan datang.

Turut hadir pada majlis itu Kuasa Usaha China ke Singapura, Zhu Jing.

Selain itu, dalam majlis majuan yang diadakan di pelbagai negara lain, tokoh-tokoh antarabangsa memuji pencapaian China dan berharap dapat menjalankan lebih banyak kerjasama dengan China.– Bernama, 3 Oktober, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen