5 tertuduh dalam kes bunuh Nhaveen dibebaskan


T Nhaveen, 18, diserang dalam satu insiden di Jalan Bunga Raya, antara jam 11 malam hingga tengah malam pada 9 Jun, 2017. – Gambar fail The Malaysian Insight, 3 Oktober, 2023.

MAHKAMAH Tinggi Pulau Pinang membebaskan dan melepaskan lima tertuduh termasuk dua juvana yang didakwa membunuh T Nhaveen pada 2017.

Hakim Radzi Hamid yang menyampaikan keputusannya pagi tadi melepaskan S Gopinaath, 30, J Ragesuthan, 22, S Gokulan, 22, dan dua remaja yang masih di bawah umur ketika kesalahan itu dilakukan.

Semua tertuduh didakwa membunuh Nhaveen, ketika kejadian berusia 18 tahun, di sebuah taman di Jalan Bunga Raya, antara jam 11 malam hingga tengah malam pada 9 Jun, 2017.

Mereka turut didakwa melakukan serangan terhadap rakan mangsa, T Previin, 19 tahun pada masa itu, berhampiran Karpal Singh Learning Centre di Bukit Gelugor pada malam sama.

Nhaveen dilaporkan dibelasah dan meninggal dunia beberapa hari selepas itu susulan kecederaan di kepalanya.

Perbicaraan kes itu bermula pada 3 Mei, 2021 iaitu kira-kira empat tahun selepas insiden, berikutan beberapa kali penangguhan. – 3 Oktober, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen