Lebih 15,000 terjejas banjir di Sri Lanka, lebih banyak hujan diramal berlaku


Hujan lebat melebihi 50 milimeter dijangka berlaku di beberapa daerah di Sri Lanka sehingga 7 Oktober. – Gambar EPA, 3 Oktober, 2023.

LEBIH 15,000 penduduk dari beberapa daerah di Sri Lanka terjejas akibat banjir berikutan cuaca buruk akan berterusan di negara Asia Selatan itu sehingga 7 Oktober, kata Jabatan Meteorologi negara itu pada Isnin, lapor Xinhua.

Timbalan Pengarah Ramalan Cuaca dan Pengurusan Bencana di jabatan itu M.M.P. Mendis berkata, hujan lebat melebihi 50 milimeter dijangka berlaku di beberapa daerah sehingga tarikh tersebut.

Sementara itu, Pusat Pengurusan Bencana (DMC) berkata, amaran tanah runtuh telah dikeluarkan untuk lapan daerah. – Bernama, 3 Oktober, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen