30,000 pelari akan sertai maraton Beijing


Kira-kira 30,000 peserta dijangka menyertai maraton Beijing yang akan bermula dari Dataran Tiananmen di tengah-tengah Beijing dan berakhir di Taman Olimpik Beijing pada 29 Oktober ini. – Gambar EPA, 2 Oktober, 2023.

MARATON Beijing dijadualkan bermula pada 29 Oktober, seperti yang diumumkan oleh jawatankuasa penganjur.

Kira-kira 30,000 peserta dijangka akan menyertai maraton itu, yang akan bermula dari Dataran Tiananmen di tengah-tengah Beijing dan akan berakhir di jalan yang indah di Taman Olimpik Beijing, lapor Xinhua.

Peserta mestilah berusia 20 tahun ke atas dan diminta menyediakan bukti keputusan perlumbaan sebelum ini: maraton yang diselesaikan dalam masa enam jam atau separuh maraton dalam masa tiga jam, dicapai antara 1 Januari, 2019 dan 24 September, 2023.

Dokumentasi penyertaan dalam maraton dalam talian tidak akan dianggap sah.

Pendaftaran untuk acara itu bermula pada Khamis lalu dan berakhir pada 10 pagi pada Ahad lalu. – Bernama, 2 Oktober, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen