PIHAK berkuasa Israel sedang mencari mangsa yang terselamat susulan penemuan sebuah bot terdampar di pantai di tengah Israel pada pagi semalam, lapor Xinhua.
Polis dalam satu kenyataan berkata pencarian dimulakan selepas pasport dan barang milik lapan orang termasuk kanak-kanak ditemukan di dalam bot getah itu.
Mereka yang hilang terdiri warga Somalia dan Turkiye.
Kan TV melaporkan Tentera Laut Israel menyertai pencarian itu.
Bot itu ditemukan di pantai Netanya Mediterranean, sebuah bandar di utara Tel Aviv.
Sehingga kini, belum diketahui sama ada terdapat mangsa yang terselamat. – Bernama, 2 Oktober, 2023.
Komen