Seorang anggota polis, 2 pengganas terbunuh dalam serangan di Punjab, Pakistan


SEKURANG-KURANGNYA seorang anggota polis dan dua pengganas terbunuh dalam serangan di pos kawalan di daerah Mianwali di wilayah Punjab timur Pakistan pada pagi semalam, lapor Xinhua.

“Sekumpulan 10 hingga 12 pengganas menyerang pos kawalan polis yang meronda di kawasan Kundal Isa Khel,”

“Pengawal keselamatan yang bertugas di bumbung pos itu bertindak cepat dan menangkis serangan selepas berbalas tembakan, menyebabkan seorang anggota polis dan dua pengganas terbunuh,” kata Ketua Polis Negara Punjab, Usman Anwar kepada media tempatan.

Menurutnya pengganas kemudiannya melarikan diri ke kawasan pergunungan di wilayah barat laut negara jiran Khyber Pakhtunkhwa. – Bernama, 2 Oktober, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen