Unicef bekalkan bahan rawat air ke timur Libya ekoran banjir


Pada 10 September, ribut Mediterranean Daniel mencetuskan banjir paling buruk di Libya sejak beberapa dekad, mengorbankan beribu-ribu nyawa dan merosakkan infrastruktur di rantau itu. – Gambar EPA, 29 September, 2023.

TABUNG Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unicef) pada Khamis menyediakan bahan rawatan air ke timur Libya yang dilanda banjir, lapor Xinhua.

“Penghantaran pertama 700 kg bahan rawatan air telah dihantar kepada Syarikat Am Air dan Sisa Kumbahan Libya,” menurut Unicef dalam satu kenyataan.

Pada 10 September, ribut Mediterranean Daniel mencetuskan banjir paling buruk di Libya sejak beberapa dekad, mengorbankan beribu-ribu nyawa dan merosakkan infrastruktur di rantau itu.

Menurut Misi Sokongan PBB di Libya, banjir juga menjejaskan saluran air dan paip kumbahan, mencemarkan air di kawasan berkenaan. – Bernama, 29 September, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen