Yuran DuitNow QR tidak bebankan golongan pendapatan rendah, kata PM


PayNet mengesahkan vendor yang menerima pembayaran menerusi platform kod QR DuitNow akan dikenakan caj mulai 1 November ini. – Gambar PayNet, 29 September, 2023.

YURAN transaksi yang akan dikenakan kepada vendor untuk bayaran diterima menerusi platform kod DuitNow QR tidak akan membebankan golongan berpendapatan rendah, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

“Sekarang apa yang penting adalah kumpulan berpendapatan rendah tidak akan terbeban,” katanya kepada media selepas satu program di Kuala Lumpur hari ini.

Katanya, keputusan menarik balik bayaran yang dikenakan itu bergantung kepada keputusan Bank Negara (BNM).

Beliau mengulas berkenaan keputusan pengendali platform pembayaran melalui kod QR, Payments Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet) mengesahkan vendor yang menerima pembayaran menerusi platform kod QR DuitNow akan dikenakan caj mulai 1 November ini.

“Tarik balik caj adalah keputusan BNM, jadi Bank Negara ada tugasnya, biar dia laksanakan tugasnya.

“Sekarang yang penting (caj) tidak akan membebankan golongan pendapatan rendah,” katanya. – 29 September, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen