5 kawasan di Lembah Klang catat kualiti udara tidak sihat


Lima kawasan di Lembah Klang direkodkan sebagai indeks kualiti udara tidak sihat setakat 11 pagi ini, menurut Jabatan Alam Sekitar. – Gambar fail The Malaysian Insight, 29 September, 2023.

LIMA kawasan di Lembah Klang direkodkan sebagai indeks kualiti udara tidak sihat setakat 11 pagi ini, menurut Jabatan Alam Sekitar.

Bacaan indeks pencemaran udara (IPU) di Cheras adalah 153, sementara Kuala Selangor (152), Johan Setia (139), Petaling Jaya (110) dan Batu Muda (132) – menunjukkan paras tidak sihat.

Bacaan IPU 0 hingga 50 dianggab baik, 51-100 (sederhana), 101-200 (tidak sihat), 201-300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (bahaya).

Kualiti udara di tempat lain di seluruh negara dilaporkan sederhana. – 29 September, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen