SEMPENA penganjuran Sukan Asia ke-19, Bank Rakyat China, UnionPay dan beberapa bank komersial, serta institusi pembayaran pihak ketiga telah mengambil langkah untuk menawarkan pelbagai kaedah pembayaran rentas sempadan untuk memenuhi permintaan warga asing.
China UnionPay bekerjasama dengan beberapa institusi kewangan untuk menaik taraf lebih 50,000 unit mesin POS dan ATM untuk memudahkan pengembara asing yang biasa membayar menggunakan tunai atau kad.
Di samping itu, pengembara asing yang mempunyai kad UnionPay juga boleh menggunakan kad mereka di China tanpa halangan.
Dari aspek e-bayar pula, pengembara asing boleh membayar menggunaan e-wallet di negara masing-masing, tanpa perlu memuat turun aplikasi pembayaran China.
Kini, pengguna e-wallet dari 10 negara termasuk Malaysia dan Korea Selatan boleh terus menggunakan aplikasi itu apabila membuat pembayaran. – Bernama, 28 September, 2023.
Komen