Filipina lulus undang-undang tingkat pekerjaan


Presiden Filipina Ferdinand Romualdez Marcos berkata akta meningkatkan pekerjaan di Asia Tenggara membantu menyelesaikan cabaran yang membelenggu sektor buruh negara. – Gambar AFP, 28 September, 2023.

PRESIDEN Filipina Ferdinand Romualdez Marcos semalam menandatangani undang-undang langkah mewujudkan pelan induk untuk meningkatkan pekerjaan di negara Asia Tenggara itu, lapor Xinhua.

Dalam ucapannya Marcos berkata akta baharu itu akan membantu menyelesaikan cabaran yang membelenggu sektor buruh negara seperti pekerjaan berkualiti rendah, ketidakpadanan kemahiran dan pengangguran.

Undang-undang baharu itu juga akan menangani keperluan untuk mengemas kini kemahiran pekerja Filipina dan menggalakkan penggunaan teknologi digital khususnya dalam perusahaan mikro dan kecil.

Tindakan itu “akan meletakkan asas” untuk penjanaan dan pemulihan pekerjaan, kata Marcos.

Pihak Berkuasa Statistik Filipina berkata kadar pengangguran negara itu pada Julai tahun ini meningkat kepada 4.8 peratus daripada 4.5 peratus pada Jun dengan sejumlah 2.27 juta rakyat Filipina tidak bekerja. – Bernama, 28 September, 2023.



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen