Bekas naib gabenor bank pusat China didakwa rasuah


Pejabat Pendakwa Perbandaran Huanggang di Wilayah Hubei memfailkan saman terhadap bekas naib gabenor People's Bank of China, Fan Yifei di Mahkamah Perantara Huanggang. – Gambar AFP, 27 September, 2023.

PENDAKWAAN awam dimulakan terhadap bekas naib gabenor People’s Bank of China, Fan Yifei kerana disyaki menerima rasuah, lapor Xinhua.

Pejabat Pendakwa Perbandaran Huanggang di Wilayah Hubei baru-baru ini memfailkan saman terhadap Fan di Mahkamah Perantara Huanggang, menurut kenyataan rasmi pada Rabu.

Tindakan perundangan diambil setelah siasatan oleh Suruhanjaya Pengawasan Kebangsaan terhadap kes Fan selesai. Beliau juga merupakan bekas ahli jawatankuasa Parti Komunis China bank itu.

Pihak pendakwaan menuduh Fan menyalahgunakan jawatannya secara tidak adil untuk memberi manfaat kepada pihak lain dan menerima jumlah wang dan barang berharga yang sangat besar secara haram sebagai balasan.

Pegawai pendakwaan berkata Fan sepatutnya bertanggungjawab secara jenayah kerana melakukan jenayah pengambilan rasuah. – Bernama, 27 September, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen