Rombakan Kabinet: Saya fikir dahulu, kata Anwar


Media sebelum ini melaporkan kemungkinan berlaku penyusunan semula Kabinet dalam kerajaan pimpinan Perdana Menteri Anwar Ibrahim dalam masa terdekat. – Gambar fail The Malaysian Insight, 27 September, 2023

PERDANA Menteri Anwar Ibrahim berkata beliau akan memikirkan terlebih dahulu berkaitan isu rombakan Kabinet.

“Saya fikir dahulu,” katanya ringkas kepada pemberita bagi menjawab desas-desus kemungkinan berlaku rombakan Kabinet kerajaan perpaduan di bawah pimpinan beliau.

Terdahulu, Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berkata tiada perbincangan mengenai rombakan Kabinet dalam mesyuarat Jemaah Menteri hari ini.

Media sebelum ini melaporkan kemungkinan berlaku penyusunan semula Kabinet dalam masa terdekat, dengan beberapa menteri diramal digugurkan dan dakwaan rombakan itu hanya akan dilakukan selepas Pilihan Raya Kecil Pelangai pada 7 Oktober ini. – Bernama, 27 September, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen