Indonesia optimis bakal terajui pasaran karbon Asean


Kerjasama antara kerajaan Indonesia dan sektor swasta berpotensi mewujudkan lebih banyak projek yang diniagakan di pasaran karbon domestik dan tingkatkan daya saing syarikat tempatan di pasaran global. – Gambar EPA, 27 September, 2023.

KETUA Net Zero Hub Kamar Dagang dan Industri Indonesia (Kadin) Dharsono Hartonohas menyatakan keyakinan Indonesia akan menerajui pasaran karbon terutamanya di Asean dan mengurangkan kesan perubahan iklim, lapor Agensi Berita ANTARA.

“Pasaran karbon di Indonesia mestilah berskala antarabangsa dan didagangkan di dalam dan luar negara,” katanya di luar acara Tindakan Lestari untuk Ekonomi Masa Hadapan (SAFE) di Jakarta pada Selasa.

Menurutnya, kerjasama antara kerajaan dan sektor swasta berpotensi mewujudkan lebih banyak projek yang diniagakan di pasaran karbon domestik dan meningkatkan daya saing syarikat tempatan di pasaran global.

Beliau berkata, pasaran karbon juga boleh memberi kesan kepada pengurangan pelepasan di Indonesia.

Hartono berkata, Net Zero Hub membantu syarikat swasta meningkatkan daya saing mereka dengan menyediakan latihan.

Latihan sedemikian boleh merangkumi cara mengira jejak karbon dan komitmen, mengurangkan pelepasan atau cara untuk menjadi sebuah syarikat sifar bersih yang memenuhi piawaian antarabangsa, iaitu Inisiatif Sasaran Berasaskan Sains (SBTi).

“Sebanyak 70 syarikat mendaftar untuk program Net Zero Hub Kadin,” katanya.

Inisiatif Net Zero Hub Kadin menyediakan ruang kepada sektor swasta untuk bertukar pengetahuan dan maklumat untuk memperluaskan wawasannya dan mewujudkan ekosistem pelepasan rendah di Indonesia. – Bernama, 27 September, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen