Hakim New York dapati Trump bertanggungjawab atas penipuan


Presiden Amerika Syarikat Donald Trump berkeras bahawa beliau tidak melakukan sebarang kesalahan dan peguamnya meminta hakim New York membatalkan kes itu sebelum perbicaraan. – Gambar AFP, 27 September, 2023.

HAKIM New York semalam memutuskan bekas Presiden Amerika Syarikat Donald Trump dan anak-anaknya bertanggungjawab atas penipuan kerana menyediakan penyata kewangan palsu selama hampir satu dekad, lapor Xinhua.

Hakim Arthur Engoron mendapati bekas presiden itu dan syarikatnya menipu bank, syarikat insurans dan lain-lain dengan membesar-besarkan nilai aset dan nilai bersih pada dokumen yang digunakan dalam membuat urus niaga dan mendapatkan pembiayaan.

Beliau memerintahkan agar beberapa lesen perniagaan Trump dibatalkan sebagai hukuman.

Dalam tuntutan mahkamah Peguam Negara New York, Letitia James mendakwa Trump, tiga anaknya dan syarikatnya mengemukakan jumlah yang “melampau” kepada bank dan syarikat insurans.

Peguam itu menuntut penalti AS$250 juta dan larangan ke atas Trump menjalankan perniagaan di New York.

Engoron dijangka mengadakan perbicaraan tanpa juri bermula 2 Oktober sebelum memutuskan tuntutan dan sebarang hukuman yang mungkin dikenakan.

Trump berkeras bahawa beliau tidak melakukan sebarang kesalahan dan peguamnya meminta hakim New York membatalkan kes itu sebelum perbicaraan. – Bernama, 27 September, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen