Presiden ICC tersenarai antara individu dikehendaki di Russia


Russia menyenaraikan Presiden ICC Piotr Hofmanski dalam senarai dikehendaki negara itu. – Gambar AFP, 26 September, 2023.

KEMENTERIAN Hal Ehwal Dalam Negeri Russia menyenaraikan Presiden Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) Piotr Hofmanski dalam senarai dikehendaki negara itu, lapor Xinhua, memetik laporan media tempatan pada Isnin.

“Hofmanski Piotr Jozef, Poland. Dikehendaki di bawah artikel Kanun Jenayah Persekutuan Russia,” lapor TASS, memetik kenyataan daripada pangkalan data kementerian.

Selain Hofmanski, Naib Presiden Pertama ICC Luz del Carmen Ibáñez Carranza dan hakim Bertram Schmitt juga dimasukkan ke dalam senarai dikehendaki.

ICC mengeluarkan waran tangkap terhadap Presiden Russia Vladimir Putin dan Pesuruhjaya Presiden bagi Hak Kanak-Kanak Maria Lvova-Belova pada 17 Mac tahun ini atas dakwaan jenayah perang pengusiran yang menyalahi undang-undang kanak-kanak Ukraine. – Bernama, 26 September, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen