Tentera Nigeria selamatkan 10 pelajar diculik


TENTERA Nigeria menyelamatkan 10 tebusan, antara berpuluh-puluh mangsa culik dari sebuah universiti di Zamfara, selepas dua hari bertempur, kata sumber tentera.

Sekumpulan lelaki bersenjata menculik lebih 30 mangsa pada Jumaat, termasuk sekurang-kurangnya 24 pelajar wanita, dalam satu serbuan di kawasan universiti di Gusau, ibu kota Zamfara.

Insiden itu kes penculikan besar-besaran pertama di kolej sejak Presiden Bola Ahmed Tinubu berkuasa pada Mei dan berjanji menangani masalah keselamatan di Nigera, di mana penjenayah culik-untuk-tebusan berkali-kali menyerbu sekolah.

Kumpulan penjenayah itu menceroboh tiga asrama perempuan di perkampungan Sabon Gida.

Mereka turut menyerbu dua kawasan asrama lelaki sebelum merempuh masuk ke kampus universiti dan menculik sembilan pekerja, kata pegawai tentera.

Tentera dikerah ke kampung terbabit dan mengejar penjenayah terbabit. – AFP, 26 September, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen