Bencana banjir, 8 pegawai ditahan di Libya


Keadaan rumah mangsa banjir di Derna, bandar pelabuhan di timur Libya dipenuhi lumpur. Dua empangan pecah menyebabkan banjir besar di negara itu pada 10 September. – Gambar AFP, 26 September, 2023.

PENDAKWA raya Libya mengarahkan penahanan lapan pegawai dalam siasatan berhubung bencana banjir baru-baru ini di negara itu yang menyebabkan ribuan terbunuh.

Banjir kilat itu yang diumpamakan seperti tsunami, berlaku akibat dua empangan lama pecah pada 10 September lalu susulan ribut taufan melanda kawasan sekitar Derna, iaitu bandar pelabuhan di timur Libya.

Pegawai yang ditahan disyaki terbabit dalam salah pengurusan dan kecuaian, kata kenyataan dikeluarkan pejabat pendakwa.

Tujuh daripada yang ditahan pernah berkhidmat atau masih berkhidmat di jabatan yang bertanggungjawab terhadap sumber air dan pengurusan empangan.

Datuk Bandar Derna’ Abdulmonem al-Ghaithi, yang dipecat selepas banjir itu, antara yang ditahan.

Menurut statistic terbaru, sekurang-kurangnya 3,875 terbunuh dalam bencana itu, sementara kumpulan bantuan antarabangsa menganggarkan 10,000 lagi masih hilang.

Siasatan awal mendapati dua empangan di Derna itu retak sejak 1998. – AFP, 26 September, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen