Polis, wartawan terbunuh dalam serangan di Mexico


SEKUMPULAN polis yang tidak bertugas di barat daya Mexico diserang menyebabkan seorang pegawai dan seorang wartawan yang sedang berbual bersama mereka pada masa itu terbunuh, kata pihak berkuasa.

Tiga suspek ditahan susulan insiden tembakan pada malam Ahad di San Luis Rio Colorado di Sonora, berhampiran sempadan Amerika Syarikat (AS), kata Datuk Bandar Santos Gonzalez Yescas.

Pejabat Pendakwa Raya berkata kumpulan polis itu diserang ketika bercakap dengan wartawan dikenali sebagai Jesus Gutierrez Vergara daripada portal berita Notiface.

Tiga lagi pegawai polis cedera dan seorang terbunuh, selain seorang penduduk Gutierrez Vergara.

Sekurang-kurangnya empat wartawan terbunuh di Mexico setakat ini pada 2023, menurut kumpulan hak asasi media Reporters Without Borders (RSF).

Pihak berkuasa sedang menyiasat sama ada insiden itu ada kaitan dengan kerja media.

Mexico dianggap negara paling berbahaya di dunia untuk wartawan. – AFP, 26 September, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen