DUA kanak-kanak dan empat dewasa ditemui mati selepas air sungai melimpah susulan hujan lebat di ibu kota Guatemala semalam, kata pihak berkuasa.
Seramai 13 mangsa termasuk lapan kanak-kanak masing hilang selepas air sungai melimpah meranapkan perkampungan Dios es Fiel ada awal pagi, menurut agensi bantuan bencana Conred.
Ratusan anggota bomba, polis, tentera dan sukarelawan turut serta dalam usaha menyelamat.
Sungai Naranjo memusnahkan enam rumah, yang kebanyakannya hanya dibina menggunakan zink, di bawah jambatan di pusat bandar Guatemala City, kata jurucakap Conred Rodolfo Garcia.
Ratusan penduduk miskin membina rumah mereka di tepi sungai walaupun pihak berkuasa mengeluarkan laranan berbuat demikian berikutan sungai itu mengandungi sisa kumbangan kawasan perumahan.
Air sungai mengandungi batu, minyak dan sisa buangan manusia melimpah ke tebing selepas hujan lebat pada Ahad.
Musim hujan yang biasanya berlangsung dari Mei hingga November, meragut 29 nyawa setakat ini pada tahun ini, menjejaskan kira-kira 2.1 juta penduduk di mana lebih 10,000 daripadanya hilang tempat tinggal, dengan empat jalan raya dan sembila jambatan turut musnah. – AFP, 26 September, 2023.
Komen