Insiden tembak di Kanada: Pegawai polis maut, 2 cedera


Suspek juga ditembak dan cedera parah dalam kejadian itu. – Gambar AFP, 23 September, 2023.

SEORANG pegawai polis ditembak mati manakala dua lagi cedera pada Jumaat semasa melaksanakan waran geledah di sebuah rumah di Coquitlam, sebuah bandar kira-kira 30 kilometer timur Vancouver, Kanada, lapor Xinhua.

Suspek juga ditembak dan cedera parah, menurut kenyataan polis.

“Pegawai yang hadir terlibat dalam pertengkaran dengan seorang lelaki yang mengakibatkan beberapa pegawai cedera dan lelaki itu ditembak,” katanya.

Mangsa yang cedera dihantar ke hospital tetapi seorang daripada pegawai polis itu tidak dapat diselamatkan dan meninggal dunia.

Media tempatan melaporkan Pasukan Siasatan Pembunuhan Bersepadu diarahkan untuk menyiasat kejadian tersebut. – Bernama, 23 September, 2023.



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen