PERDANA Menteri Lubnan Najib Mikati pada Khamis menekankan mengenai perlunya misi-misi diplomatik asing di Lubnan dilindungi, sehari selepas tembakan dilepaskan berhampiran kedutaan Amerika Syarikat (AS) di negara itu, lapor Xinhua.
“Perlindungan misi diplomatik di Lubnan tidak boleh dikompromi sama sekali,” menurut kenyataan daripada Majlis Menteri negara itu memetik Mikati sebagai berkata.
Beberapa das tembakan dilepaskan berhampiran kedutaan AS di utara Beirut lewat Rabu, bertepatan ulang tahun ke-39 serangan pengeboman maut ke atas kedutaan AS itu pada 20 Sept 1984.
Menurut laporan media, tiada kecederaan dilaporkan dalam kejadian itu. – Bernama, 23 September, 2023.
Komen