Manila tutup sekolah, pejabat akibat asap tebal


Jabatan Alam Sekitar dan Sumber Asli Filipina, asap yang menjejaskan Manila adalah disebabkan oleh pencemaran daripada lalu lintas kenderaan yang padat. – Gambar EPA, 23 September, 2023.

ASAP tebal di ibu negara Filipina pada Jumaat memaksa pihak berkuasa menutup sekolah di semua peringkat, lapor agensi berita Jerman (dpa).

Beberapa pejabat kerajaan juga menggantung operasinya, manakala beberapa bandar mengarahkan sekolah dan pejabat ditutup sehingga Sabtu, kata pihak berkuasa.

Asap yang menjejaskan Manila adalah disebabkan oleh pencemaran daripada lalu lintas kenderaan yang padat, kata Jabatan Alam Sekitar dan Sumber Asli.

Asap itu pada mulanya didakwa disebabkan oleh pelepasan dari Gunung Berapi Taal, di selatan Manila, tetapi Institut Vulkanologi dan Seismologi Filipina (Phivolcs) menafikan pemerhatian itu.

“Asap tidak berkaitan dengan Gunung Berapi Taal,” kata Phivolcs dalam kemas kini. – Bernama, 23 September, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen