Singapura naik taraf konsulat di Bangladesh kepada Pejabat Suruhanjaya Tinggi


Singapura akan menaik taraf konsulatnya itu pada 1 Oktober ini. – Gambar EPA, 22 September, 2023.

SINGAPURA akan menaik taraf konsulatnya di Dhaka di ibu negara Bangladesh kepada Pejabat Suruhanjaya Tinggi mulai 1 Oktober yang mencerminkan peningkatan hubungan ekonomi dan rakyat dengan rakyat antara kedua-dua negara, lapor Xinhua memetik laporan United News of Bangladesh pada Khamis.

Berita itu turut dikongsi oleh Menteri Luar Singapura Vivian Balakrishnan kepada Menteri Luar Bangladesh AK Abdul Momen pada 20 September semasa mesyuarat dua hala di luar Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ke-78 di New York.

Momen sebelum ini meminta menteri luar Singapura membuka misi diplomatik penuh di Dhaka yang akan memberi manfaat kepada kedua-dua negara sambil menggesa supaya republik itu membuat lebih banyak pelaburan di zon ekonomi khas Bangladesh. – Bernama, 22 September, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen