Tindakan di Nagorno-Karabakh 'operasi menentang keganasan', kata Azerbaijan


Azerbaijan mula menyerang wilayah majoriti Armenia di Nagorno-Karabakh dengan roket dan artileri pada pagi Selasa dalam usaha untuk menaklukinya. – Gambar EPA, 22 September, 2023.

MENTERI Luar Azerbaijan yang mempertahan tindakan Baku di wilayah Caucasia Selatan Nagorno-Karabakh yang dipertikaikan memberitahu mesyuarat tergempar Majlis Keselamatan PBB mengenai konflik itu bahawa tindakan itu merupakan operasi menentang pengganas Armenia, lapor agensi berita Jerman (dpa).

“Apa yang Armenia cuba sampaikan kepada masyarakat antarabangsa adalah serangan ke atas penduduk aman di rantau global Azerbaijan sebenarnya merupakan langkah Azerbaijan untuk memerangi keganasan,” kata Jeyhun Bayramov kepada badan PBB yang paling berkuasa itu.

Bayramov berkata Armenia mempunyai “lebih 10,000 anggota bersenjata yang kuat, dilengkapi senjata berat seperti kereta kebal dan kenderaan berperisai lain, artileri, pelbagai pelancar roket, mortar, peralatan peperangan elektromagnet dan jenis senjata serangan lain di wilayah Azerbaijan”.

Anggota tentera ini berulang kali membedil angkatan tentera Azerbaijan, mengukuhkan kedudukan tempur mereka dan membina parit dan tempat perlindungan tentera, kata menteri luar negara itu.

Beliau berkata tentera Azerbaijan sengaja tidak menyerang sasaran tentera yang sah bagi mengelakkan kerosakan, katanya sambil memegang gambar untuk menyokong kata-katanya.

“Seperti yang dilihat daripada foto ini, angkatan bersenjata Azerbaijan akan bertindak cara lain jika niatnya adalah untuk mensasarkan orang awam atau melakukan apa yang dipanggil pembersihan etnik.”

Beliau menggesa seluruh masyarakat antarabangsa, termasuk Majlis Keselamatan, supaya menghentikan Armenia daripada percubaan berani untuk menutup perbuatan salahnya.

Azerbaijan mula menyerang wilayah majoriti Armenia di Nagorno-Karabakh dengan roket dan artileri pada pagi Selasa dalam usaha untuk menaklukinya. Pada Rabu, tentera Armenia menyerah diri.

Kedua-dua bekas republik Soviet itu bertempur di Nagorno-Karabakh sejak beberapa dekad. – Bernama, 22 September, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen