Syarikat media terbesar Switzerland kurangkan pekerja


SYARIKAT media terbesar Switzerland, Tamedia semalam umum akan mengurangkan kira-kira 50 jawatan sebagai sebahagian daripada usaha  untuk mengurangkan kos.

Tamedia menyasarkan untuk menjimatkan kira-kira enam juta franc Swiss (AS$6.6 juta) menerusi langah tersebut, ketika industri media di Switzerland sedang dilanda krisis, menurut agensi berita Keystone-ATS.

Tamedia memiliki kira-kira 30 media termasuk beberapa akhbar terkemuka negara seperti Tages-Anzeiger dan Tribune de Geneve.

Semalam, pihak syarikat itu sudah mengadakan pertemuan dengan kakitangan akhbar bahasa Jerman, bagi memaklumkan kira-kira 20 jawatan akan dikurangkan, yang dijangka menjimatkan 2.5 juta franc.

Sebelum itu pada Rabu, Tamedia memaklumkan seramai 28 kakitangan akhbar bahasa Perancis akan dikurangkan, membabitkan pemberhentian seramai 28 kakitangan iaitu kira-kira 10% daripada semua kakitangan yang mampu menjimatkan 3.5 juta.

Keputusan itu dibuat selepas bilik berita Tamedia sejak tiga tahun lalu terpaksa menjimatkan kos, lapor Keystone-ATS .

Ketua Bersama Kumpulan Tamedia Andreas Schaffner pada Rabu menjelaskan syarikat itu berdepan kesukaran untuk mendapatkan langganan daripada pembaca usia bawah 30 tahun. – AFP, 22 September, 2023.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen