PARLIMEN Ukraine pada Khamis meluluskan usul agar ahli politik dan penjawat awam berpangkat tinggi perlu mendedahkan aset mereka sekali lagi, sebagai cara memerangi rasuah di negara itu, lapor agensi berita (dpa) Jerman.
Ini telah diputuskan menerusi undian majoriti 341-1 di parlimen, Verkhovna Rada di Kyiv manakala 19 lagi berkecuali.
Presiden Ukraine Volodymyr Zelensky memveto perkara ini dan menuntut pendedahan segera. Petisyen mengenai perkara itu turut mengumpulkan puluhan ribu tandatangan. – Bernama, 21 September, 2023.
Komen