AHLI jawatankuasa Umno Bentong Amizar Abu Adam dinamakan sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Pelangai pada 7 Oktober ini.
Pengerusi BN Pahang Wan Rosdy Wan Ismail mengumumkan pencalonan Amizar untuk PRK itu semasa majlis pengumuman calon di Dewan Majlis Daerah Bentong malam ini.
PRK itu diadakan berikutan kematian bekas Adun Umno dan anggota Exco Pahang Johari Harun dalam nahas pesawat berhampiran Bandar Elmina di Shah Alam pada 17 Ogos.
Ini adalah percubaan kedua Amizar memenangi kerusi DUN selepas sebelum ini bertanding di kerusi DUN Ketari pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu.
Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan hari penamaan calon pada Sabtu ini manakala 3 Oktober adalah hari pengundian awal.
Pada PRN Johari menawan kerusi itu dengan majoriti 4,048 undi selepas mendapat 7,308 undi.
Beliau menewaskan Kasim Samat dari Perikatan Nasional yang memperoleh 3,260 undi manakala calon Pakatan Harapan Ahmed Wafiuddin Shamsuri mendapat 2,031 undi.
Calon Pejuang Isa Ahmad hilang deposit selepas mendapat 65 undi. – 20 September, 2023.
Komen